Surah Al-Waaqi’ah Khasiat Surah Al-Waqiah
Sabda
Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan
ditimpa kefakiran.”
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak
akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh
Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah
Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah
Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam
maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah
Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut
fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada
setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula,
maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus
dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah
Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke
27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal
Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang artinya kiamat. Di
dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang
diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula
penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan
adanya hari berbangkit.
Di
dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila
orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan
dari kemiskinan selamanya. Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka
orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. Jika di
baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di
tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. Supaya menjadi
orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali
selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan
berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan
lagi dermawan. Amalan orang-orang sufi,
supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari
Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25
kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat
berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali,
selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat
keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Insya’Allah berhasil.
Surah
ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di
permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,
diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang
hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca
disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut
As’Syeikh Abi’l Abbas apabila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih
dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari
Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan,
daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam
7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali.
Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat
pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’
pada Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat terakhir hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak
125 kali kemudian selawat 1000 kali. Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti
berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Do’a sesudah membaca
Surah Al-Waaqi’ah (1)
Allaahumma innii as-aluka bi haqqi
suuratil Waaqiati wa asraarihaa an tuyassira li rizqii kamaa yassartahu li
katsiirim min khalqika yaa Allaahu yaa rabbal –aalamiin. Allaahummarzuqnaa
rizqam minas sama-i wal ardhi warzuqna wa anta khairur raaziqiin. Allahumma in
kaana rizqunaa fis sama-a fa anzilhu wa in kaana rizqunaa ma-duuman fa jidhu wa
in kaana rizqunaa –aasiran fa yassirhu lanaa wala tanqulnaa haitsu maa kaana bi
fadl-lika wajuudika wa karamika bi rahmatika yaa arhamar raahimiin.
“Ya Allah,
bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang
terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami
sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan
semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami,
berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika
rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami
berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah,
jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki
itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu
serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para
penyayang.”
idzaa waqa'ati lwaaqi'at
[56:1]
Apabila terjadi hari kiamat,
laysa liwaq'atihaa
kaadziba
[56:2]
tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya.
khaafidhatun raafi'a
[56:3]
(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang
lain),
idzaa rujjati l-ardhu
rajjaa
[56:4]
apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,
wabussati ljibaalu bassaa
[56:5]
dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,
fakaanat habaa-an
munbatstsaa
[56:6]
maka jadilah ia debu yang beterbangan,
wakuntum azwaajan
tsalaatsa
[56:7]
dan kamu menjadi tiga golongan.
fa-ash-haabu lmaymanati
maa ash-haabu lmaymanat
[56:8]
Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu.
wa-ash-haabu lmasy-amati
maa ash-haabu lmasy-amat
[56:9]
Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
wassaabiquuna ssaabiquun
[56:10]
Dan orang-orang yang beriman paling dahulu,
ulaa-ika lmuqarrabuun
[56:11]
Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.
fii jannaati nna'iim
[56:12]
Berada dalam jannah kenikmatan.
tsullatun mina l-awwaliin
[56:13]
Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,
waqaliilun mina
l-aakhiriinaa
[56:14]
dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian
'alaa sururin mawdhuuna
[56:15]
Mereka berada di atas dipan yang bertahta emas dan permata,
muttaki-iina 'alayhaa
mutaqaabiliin
[56:16]
seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan.
yathuufu 'alayhim
wildaanun mukhalladuun
[56:17]
Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda,
bi-akwaabin wa-abaariiqa
waka/sin min ma'iin
[56:18]
dengan membawa gelas, cerek dan minuman yang diambil dari air yang mengalir,
laa yushadda'uuna 'anhaa
walaa yunzifuun
[56:19]
mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk,
wafaakihatin mimmaa
yatakhayyaruun
[56:20]
dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih,
walahmi thayrin mimmaa
yasytahuun
[56:21]
dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.
wahuurun 'iin
[56:22]
Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli,
ka-amtsaalillu/lui
lmaknuun
[56:23]
laksana mutiara yang tersimpan baik.
jazaa-an bimaa kaanuu
ya'maluun
[56:24]
Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.
laa yasma'uuna fiihaa
laghwan walaa ta/tsiimaa
[56:25]
Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula
perkataan yang menimbulkan dosa,
illaa qiilan salaaman
salaamaa
[56:26]
akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.
wa-ash-haabu lyamiini maa
ash-haabu lyamiin
[56:27]
Dan golongan kanan, alangkah bagianya golongan kanan itu.
fii sidrin makhdhuud
[56:28]
Berada di antara pohon bidara yang tak berduri,
wathalhin mandhuud
[56:29]
dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),
wazhillin mamduud
[56:30]
dan naungan yang terbentang luas,
wamaa-in maskuub
[56:31]
dan air yang tercurah,
wafaakihatin katsiira
[56:32]
dan buah-buahan yang banyak,
laa maqthuu'atin walaa
mamnuu'a
[56:33]
yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya.
wafurusyin marfuu'a
[56:34]
dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk.
innaa ansya/naahunna
insyaa
[56:35]
Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung
faja'alnaahunna abkaaraa
[56:36]
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.
'uruban atraabaa
[56:37]
penuh cinta lagi sebaya umurnya.
li-ash-haabi lyamiin
[56:38]
(Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,
tsullatun mina l-awwaliin
[56:39]
(yaitu) segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu.
watsullatun mina
l-aakhiriin
[56:40]
dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian.
wa-ash-haabu sysyimaali
maa ash-haabu sysyimaal
[56:41]
Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu?
fii samuumin wahamiim
[56:42]
Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih,
wazhillin min yahmuum
[56:43]
dan dalam naungan asap yang hitam.
laa baaridin walaa kariim
[56:44]
Tidak sejuk dan tidak menyenangkan.
innahum kaanuu qabla
dzaalika mutrafiin
[56:45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewahan.
wakaanuu yushirruuna 'alaa
lhintsi l'azhiim
[56:46]
Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.
wakaanuu yaquuluuna
a-idzaa mitnaa wakunnaa turaaban wa'izhaaman a-innaa lamab'uutsuun
[56:47]
Dan mereka selalu mengatakan: "Apakah bila kami mati dan menjadi tanah dan
tulang belulang, apakah sesungguhnya kami akan benar-benar dibangkitkan
kembali?,
awa aabaaunaa l-awwaluun
[56:48]
apakah bapak-bapak kami yang terdahulu (juga)?"
qul inna l-awwaliina
wal-aakhiriin
[56:49]
Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang
terkemudian,
lamajmuu'uuna ilaa
miiqaati yawmin ma'luum
[56:50]
banar-benar akan dikumpulkan di waktu tertentu pada hari yang dikenal.
tsumma innakum ayyuhaa
dhdhaalluuna lmukadzdzibuun
[56:51]
Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan,
laaakiluuna min syajarin
min zaqquum
[56:52]
benar-benar akan memakan pohon zaqqum,
famaali-uuna minhaa lbuthuun
[56:53]
dan akan memenuhi perutmu denganya.
fasyaaribuuna 'alayhi mina
lhamiim
[56:54]
Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas.
fasyaaribuuna syurba lhiim
[56:55]
Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum.
haadzaa nuzuluhum yawma
ddiin
[56:56]
Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan".
nahnu khalaqnaakum
falawlaa tushaddiquun
[56:57]
Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan?
afara-aytum maa tumnuun
[56:58]
Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan.
a-antum takhluquunahu am
nahnu lkhaaliquun
[56:59]
Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya?
nahnu qaddarnaa baynakumu
lmawta wamaa nahnu bimasbuuqiin
[56:60]
Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan
dapat dikalahkan,
'alaa an nubaddila
amtsaalakum wanunsyi-akum fii maa laa ta'lamuun
[56:61]
untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (dalam dunia) dan
menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.
walaqad 'alimtumu
nnasy-ata l-uulaa falawlaa tadzakkaruun
[56:62]
Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah
kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?
afara-aytum maa tahrutsuun
[56:63]
Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam.
a-antum tazra'uunahu am
nahnu zzaari'uun
[56:64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kamikah yang menumbuhkannya?
law nasyaau laja'alnaahu
huthaaman fazhaltum tafakkahuun
[56:65]
Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia hancur dan kering, maka
jadilah kamu heran dan tercengang.
innaa lamughramuun
[56:66]
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami benar-benar menderita kerugian",
bal nahnu mahruumuun
[56:67]
bahkan kami menjadi orang-orang yang tidak mendapat hasil apa-apa.
afara-aytumu lmaa-alladzii
tasyrabuun
[56:68]
Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum.
a-antum anzaltumuuhu mina
lmuzni am nahnu lmunziluun
[56:69]
Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?
law nasyaau ja'alnaahu
ujaajan falawlaa tasykuruun
[56:70]
Kalau Kami kehendaki, niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak
bersyukur?
afara-aytumu nnaarallatii
tuuruun
[56:71]
Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dengan
menggosok-gosokkan kayu).
a-antum ansya/tum
syajaratahaa am nahnu lmunsyi-uun
[56:72]
Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?
nahnu ja'alnaahaa
tadzkiratan wamataa'an lilmuqwiin
[56:73]
Kami jadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di
padang pasir.
fasabbih bismi rabbika
l'azhiim
[56:74]
Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang Maha Besar.
falaa uqsimu bimawaaqi'i
nnujuum
[56:75]
Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Quran.
wa-innahu laqasamun law
ta'lamuuna 'azhiim
[56:76]
Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.
innahu laqur-aanun kariim
[56:77]
Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,
fii kitaabin maknuun
[56:78]
pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),
laa yamassuhu illaa
lmuthahharuun
[56:79]
tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.
tanziilun min rabbi
l'aalamiin
[56:80]
Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.
afabihaadzaa lhadiitsi antum
mudhinuun
[56:81]
Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?
wataj'aluuna rizqakum
annakum tukadzdzibuun
[56:82]
kamu mengganti rezeki (yang Allah berikan) dengan mendustakan Allah.
falawlaa idzaa balaghati
lhulquum
[56:83]
Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,
wa-antum hiina-idzin
tanzhuruunaa
[56:84]
padahal kamu ketika itu melihat,
wanahnu aqrabu ilayhi
minkum walaakin laa tubshiruun
[56:85]
dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat,
falawlaa in kuntum ghayra
madiiniin
[56:86]
maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah) ?
tarji'uunahaa in kuntum
shaadiqiin
[56:87]
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah
orang-orang yang benar?
fa-ammaa in kaana mina
lmuqarrabiin
[56:88]
adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada
Allah),
farawhun warayhaanun
wajannatu na'iim
[56:89]
maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta jannah kenikmatan.
wa-ammaa in kaana min
ash-haabi lyamiin
[56:90]
Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,
fasalaamun laka min
ash-haabi lyamiin
[56:91]
maka keselamatanlah bagimu karena kamu dari golongan kanan.
wa-ammaa in kaana mina
lmukadzdzibiina dhdhaalliin
[56:92]
Dan adapun jika dia termasuk golongan yang mendustakan lagi sesat,
fanuzulun min hamiim
[56:93]
maka dia mendapat hidangan air yang mendidih,
watashliyatu jahiim
[56:94]
dan dibakar di dalam jahanam.
inna haadzaa lahuwa haqqu
lyaqiin
[56:95]
Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar.
fasabbih bismi rabbika
l'azhiim
[56:96]
Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang Maha Besar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar